Wednesday, July 8, 2009

Sejarah

Sejak kebelakangan ni aku tgk ramai yang sedih dengan peninggalan 'King of Pop' Michael Jackson . tapi radiohead kata 'Pop is Dead' . ah tak kesah lah . radiohead dah cukup otai bagi aku . jangan marah mereka .

Ok . kadang-kadang orang kita ni . bila seseorang tu dah pergi(meninggal dunia) . aku bagi contoh michael jackson ni lah . mudah . dah mati baru lah sedih . baru dengar lagu dia . baru ingat jasa dia . sebelum ni duk kutuk-kutuk dia . pastu sekarang baru menyesal . tak kesah la peristiwa lampau dia tu . kenapa jadi mcm ni ? . gua tak setuju ! . sbb aku pn mcm tu . hehe . kene ubah ni ! . sebab masa hidup . hanya beberapa kelompok sahaja yang pandai menghargai . bila pergi . baru kita sedar impak nya lebih besar dari lori balak terlanggar ayam hutan . tp aku jamin . lebih 1 juta manusia menangis dengan pemergian 'King of Pop' kita ni . betul tak sahabat? .



Aku betul-betul mengelakkan diri dari dengar lagu 'You Are Not Alone' . tadi mak aku tengah pasang lagu ni kat laptop aku . aku sedih aku terus amik laptop aku . aku buang kat sungai . ehm bukan sebab lagu tu ade kaitan dengan hidup aku ke . xde . aku xlah sejiwang itu :) . tapi kadang2 melody lagu tu boleh mengingatkan kita kembali time dulu2 . klau dengar lagu ni . ingat kecik2 dulu . lagu dapat mengaitkan peristiwa . tidak semestinya peristiwa cinta . I will miss u MJ :) ! .

"President Barack Obama, on a visit to Russia, said he was "one of the greatest entertainers of our generation, perhaps any generation," and added: "I think like Elvis, like Sinatra, like The Beatles, he became a core part of our culture.


"Mariah Carey, Stevie Wonder and Usher sang emotional farewells Tuesday to Michael Jackson, who was hailed as "the greatest entertainer that ever lived" and described by his tearful 11-year-old daughter Paris as "the best father you could ever imagine."

Kita dengan music . kena ada 'chemistry' . orang kata baru kacip . aku rasa aku macam budak-budak lain jugak time kecik-kecik dulu . selalu menonton vclip MJ . dulu aku pergi kuala lumpur . tp gua bukan orang kuala lumpur beb . aku pergi rumah bapak sdare aku . mase tu sepupu2 aku yang sebaya dengan aku tengah gila-gila kt MJ . darjah 3 baru tu . penuh CD aku tengok . aku pn join skali . first time aku tgk vclip MJ vclip ade firaun tak silap aku . macam kt piramid tu . aku pun kurang pasti . huhu .

Tp hari ni . aku tak call pn sepupu aku tanya dia sedih ke tak MJ dah takde . mane la tau masa kecik2 jer layan MJ . time besar-besar layan MC . (MC = Mariah CareyPAP . )

*******

Siapa tak kenal P.Ramlee ? . Meh sini aku nak bagi penyepak burung helang . jangan buat-buat tak kenal . dan jangan buat-buat tak layan lagu/cerita P.Ramlee . lagu tu tak kisah lah . kalau sape2 tak pernah tgk cerita P.Ramlee . lu amik lu punya beg . lu pergi pindah Israel ! . sana lu boleh tengok syaitan bertopengkan manusia . lagi best .

P.Ramlee . Lagenda kebanggaan kita . sekarang ni . dah takder aku tgk citer melayu yang best . ade tu ade . tp hanya beberapa kerat sahaja . setakat keluar utusan malaysia jer la kalau nk bangga2 pun .

labu-labi , bujang lapok , tiga abdul , keluarga 69 . ahmad albab dan juga cerita-cerita mat sentul . haha . best . sudah tiadakah cerita-cerita yang best seperti dahulu wahai rakyat malaysia ? . cerita yang mampu menguji tahap imaginisasi kita seperti karpet terbang , yang boleh kita ketawa berdahak2 seperti "jolok motor yer bang"(aziz satar) . aku igt lagi part ni . yang Sudin buat2 pandai baiki motor . akhirnya motor tu lesap . tgk2 kat atas bumbung . hebat betul pemikiran orang-orang dulu ! . sarkastik! .

P.Ramlee pula masa tu memang hebat menyanyi . buat lagu . dalam filem pun ada nyanyi-nyanyi . baru ummphh orang kata . lagu sedih , lagu twist . lagu berirama padang pasir . ianya sedap bagi aku . cuba dalam filem sekarang buat macam ni . tentu berkesan . contoh citer impak maksima . sambil bawak kerete . boleh juga nyanyi . fasha sandha duet dengan Awal . lagu Dua Insan pn jadi laa . gear kereta boleh jadi mikrofon . boleh lompat2 pastu gelongsor atas kereta . dan meninggalkan sedikit calar . tu sudah dikire hebat .

Hari tu , aku ade bukak tv . kt astro . ala macam dia buat filem/cerita tu utk tribute P.Ramlee . yang Afdlin Shauki ape tu berlakon . adu satu citer tu . sorang mamat ni cakap . dalam citer ni die berlakon watak P.Ramlee . macam ni bunyi nya ''kenapa setelah aku mati , baru lah orang mengingati jasa ku ini'' . fuhh . macam mana? .

''Siapa yang tidak tertawa apabila melihat jenakanya? Siapa yang tidak asyik apabila mendengar lagu-lagunya? Siapa yang tidak sedih apabila melihat lakonan menyayat hatinya? Siapa yang tidak terpana dengan filem arahannya? Oleh kerana , kamu seorang LAGENDA !

dan tidak dapat ku bayangkan semasa john lennon , elvis presley , jimi hendrix , sudirman sudah tiada .berapakah titisan air mata yang jatuh? . jika mereka masih hidup ketika ini . mereka pasti bangga kerana lagu mereka menjadi kegilaan jutaan manusia di abad ini . dan yang pasti banyak lagi lagenda . tidak perlu lah aku listkan .

ramones . kamu tetap di hati saya . CBGB Omfug dalam kenangan !! .

oleh itu . hargailah apa yang ada di sekeliling mu kerana ia akan menjadi sejarah : )

p/s : aku mula menghargai pen yang aku beli sebab sebelum ni aku selalu tinggal atas meja lepas kuliah .

Lagu pilihan curtis yang kene dengan tajuk pd hari ini :
  • The Beatles - Twist and Shout
  • P.Ramlee - malam bulan dipagar bintang
  • Michael Jackson - You Are Not Alone
  • The Beach Boys - Wouldn't It Be Nice
  • Ramones - Chinese Rock
  • Lou Reed - Perfect Day


6 comments:

  1. wuuu
    gua nangis bce ni bro
    sngguh emo ngn berilmiah tol..

    ReplyDelete
  2. sob3...
    cdey giler =(
    bgtu myayat atiku...
    ak sokong sume tue!!

    ReplyDelete
  3. legends...
    you're always in our hearts...
    thanks alot...

    ReplyDelete
  4. trima kasih . korang lah pembaca blog yang menghayat . hahaha

    ReplyDelete
  5. gua tgh menagis ni bro!!!! menangis!!!
    lu dgr tk woi!!!

    ReplyDelete
  6. you are not alone!!!
    you never walk alone!!
    ehh??
    liverpool plak
    waaaa!!!
    nagis blik!!!
    2 ari 5 mlm dh aku ngis ni
    smbil dgr lgu mando diao
    yeah yeah yeah!!!

    ReplyDelete