Kehadapan bonda yg berada di rumah ketika ini. Diharap bonda sihat seperti biasa di samping ayahanda dan adinda2 yg lain. Anakanda di sini masih lagi tidak menghidap penyakit H1N1 sperti yg digembar-gemburkan di kaca tv, corong2 radio mahupun pipi2 akhbar. Sihat sperti biasa.
Pertama skali anakanda ingin meminta ampun dari bonda kerana tidak dapat pulang untuk bersama keluarga. Bukanlah kerana anakanda malas utk pulang. Jauh skali menderhakai ayahanda dan bonda. Tetapi anakanda telah menjadi mangsa ketandusan tiket bas yg telahpun menetapkan utk anakanda pulang pada hari Ahad, bersamaan dengan 5 Julai 2009. Bukannya bonda tidak tahu yg anakanda kesayanganmu ini bakal terkena sakit homesick jika berjauhan dengan kampung halaman dalam tempoh kurang dari sebulan. Namun, anakanda patut berasa bersyukur kerana kakanda bonda serta suaminya berada tidak jauh dari tempat anakanda menetap. Sekurang-kurangny dapat anakanda berteduh dan menumpang kasih sayang dari bonda kedua anakanda di sini.
Apa yang boleh anakanda katakan, kakanda bonda mmg seorang yg pemurah dan baik hati. Stelah beliau tahu anakanda mengidap penyakit berjangkit yg agak merbahaya ini, dengan sepantas kilat beliau serta keluarga beliau membawa anakanda bersiar-siar di kawasan Ipoh ini. Bonda sedara anakanda ini membawa anakanda makan di kedai mee celup di kawasan Tambun gamaknya (Anakanda sebenarny not very sure-lah bonda. Bonda call jelah die klu masih lg was2). Anakanda mula memesan makanan yg diktakan agak spesial di situ iaitu chicken chop yg digrill. Seribu kali sayang, chicken chop yg digrill telahpun di-order awal2 dan kehabisan stok. Sungguh sedih, terkilan lg tertekan jiwa anakanda yg homesick ini. Anakanda pn memesan Bihun Sup dengan air teh O' ais limau. Rasany pn agak boleh tahan. Terubat la jgak sdikit sakit hati anakanda ini.
Pada hari kemudiannya, tggallah anakanda kesorangan ditemani oleh sepupu anakanda. Bonda kenal Bullah? Beliau kini sedang kehulu-kehilir, naik turun shah alam kerana ada sdikit pekerjaan kateny. Alah, bukanny anakanda xtaw yg awek beliau merupakan seorang yg berasal dari shah alam. Anakanda seiring dan sejalan denganny nk makan burger daging spesial petang tu. Sampai kt gerai burger yg xberapa dekat jgak la dgn rumah bonda sedara ni, anakanda merasa hairan. Ad la sorang ah-moi ni dok menilik anakanda. Anakanda pn hairan juga. Bukanlah anakanda nk perasan hensem sedangkan anakanda ini tahu dari mana asal usulny. Lalu anakanda pn berbunyi, "Lu tgok2 ap ni nyonya? Ada utang ke?", tanya anakanda dalam hati. Alah, bonda pn taw kan yg anakanda ini sorang yg low-profile, xsuka keco2. Namun, ah-moi tersebut masih terpinga-pinga, mulut ternganga sambil menutupi mulutny dgn tangan. Ad la skping gambar anakanda sempat amik. Ni haa gambarny:

Setakat ini sajalah yg dapat anakanda coretkan buat masa ini. Diharap bonda ceria2 selalu seperti lirik lagu club nyanyian Sharam - Party All The Time, yang berbunyi "My girl wants to party all the time. Party all the time, party all the time!". Disebabkan ini lagu club maka xbyk la liriknya. Diharap bonda enjoy slalu dan jaga diri bebaik.
Sekian.
Anakandamu yang homesick,
Youth
Anakandamu yang homesick,
Youth
QUOTE OF THE DAY: You can never leave your past, as it will appear in every decision you make
bonda trharu membaca isi hati anakanda..
ReplyDeleteweh mu tk blk klate ko?
ReplyDeletebalik pa, balik...
ReplyDeletelmbat sket...
mok mu buko ko blog nie..
ReplyDeletegmbr tu keno mengeno nga gapo eh..x pehe kawe..
4 wonderpets jer/.
ReplyDeleteteletubbies......!! my fav... haha..
ReplyDeleteAo............ (^_^)